Mahasiswa dan Politik

Siapakah Mahasiswa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mahasiswa didefinisikan sebagai “penuntut (pelajar) di universiti”. Mahasiswa merupakan gabungan dua kata kunci, iaitu ‘maha’ yang bermaksud “teramat; sangat; paling” dan ‘siswa’ yang bermaksud “penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti)”.[1] Secara umumnya, mahasiswa merupakan suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh […]

Read More Mahasiswa dan Politik

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus

SUKSIS, a Glimpse of Bliss

1. Telah beredar lebih seminggu sejak acara keramat itu berlangsung pada 12 Ogos 2018 yang lalu. Daerah Mu‘allim menjadi saksi akan 1,285 orang mahasiswa selamat ditauliahkan sebagai ‘Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis’ dalam suatu Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam (UA) Malaysia buat kali ke-14 […]

Read More SUKSIS, a Glimpse of Bliss

Pilih Usrah seperti Pilih Guru

“Mengapa kita masih memerlukan usrah sedangkan pada zaman ini, ilmu (atau sebenarnya maklumat) mudah diperoleh melalui pembacaan dan capaian Internet sahaja?” Tanya semula. Mengapa kita masih belajar di sekolah atau universiti sedangkan pada zaman ini, ilmu (atau sebenarnya maklumat) boleh diperoleh tanpa melalui perantaraan guru atau pensyarah? Hendak masuk atau sertai mana-mana usrah ini juga […]

Read More Pilih Usrah seperti Pilih Guru

Pascapeperiksaan

Suatu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat sahabat-sahabat yang masih tekun mengulang kaji dan berbincang mengenai mata pelajaran sempena menghadapi peperiksaan akhir semester yang masih berlangsung, sedangkan saya di sini telah pun mengakhirinya pada tahun lepas. Ceh, tulis tahun lepas macam dah lama sangat saja gayanya sudah habis peperiksaan. “Serius ah kau dah […]

Read More Pascapeperiksaan

Mari Merungut dan Bersungut

2015 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Ibarat kebiasaan, kebanyakan orang sudah pasti mahu menutup tahun yang penuh suka duka itu dengan penutup yang bahagia serta memasuki era 2016 dengan permulaan yang mempesona. Ya, sudah fitrah semula jadi manusia, kita sememangnya mahukan yang terbaik dalam segenap inci dan ruang yang wujud dalam hidup ini. Semua orang […]

Read More Mari Merungut dan Bersungut

Adindaku Sudah di Alam Kampus!

Rumahku terasa sepi sekali lagi. Pada saat adik-adikku yang masih bersekolah sedang bergembira menghabiskan masa dua minggu cuti persekolahan dengan aktiviti membuang masa (keh keh), adik perempuanku yang sulung, Anis Syakirah​ pula mula mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar​ pada hari ini. Maka, kesunyianlah adik perempuanku […]

Read More Adindaku Sudah di Alam Kampus!

Oh, Adik-Adikku!

Melihatkan gelagat adik-adik saya yang kerap bermain permainan komputer, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah seringkali membuatkan saya tersenyum sendiri dan mengingatkan saya pada zaman ‘jahiliah comel’ saya dahulu yang gemar juga mengisi masa kosong dengan aktiviti seperti ini. Apa yang terlintas setiap hari setiap kali bangun pagi ialah; bangun pagi, buka komputer, melayari Internet, […]

Read More Oh, Adik-Adikku!