Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Lama sekali rasanya tidak bertapak dan menjejakkan kaki di sini. Saat kerinduan itu telah mula dilunaskan, suatu perasaan yang amat sukar untuk diungkapkan itu seakan-akan berkeinginan benar untuk meledak semahu-mahunya. Alhamdulillah, syukur ya Allah! Tanggal Ahad 4 Oktober 2020 yang indah nian, suatu rakaman sejarah sekali lagi ditempa. Hamba bersama beberapa orang teman seperjuangan telah […]

Read More Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Pertemuan siri keempat bagi Madrasah Gen-Q kali ini bukan seperti pertemuan biasa-biasa. Pertemuan seperti itu dianggap oleh Dr. Azmil bin Zainal Abidin, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API UM) sebagai sebuah ‘usrah.’ Usrah, seperti yang disebut oleh Dr. Azmil, terkandung padanya sebuah keperluan untuk melengkap atau menyempurnakan pembelajaran […]

Read More Sinergi Dai: Kekuatan Menghadapi Cabaran

Peranan Tradisi Ilmu Islam dalam Membentuk Peradaban Ummah

Kira-kira jam 8.00 malam, sebelum kehadiran panel pembentang, saudara Muhammad Shahrulanwar bin Mohd Shukri selaku Pengerusi Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) sesi 2016/2017 mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan gagasan Madrasah Gen-Q yang baru ditubuhkan berserta objektif di sebalik penubuhannya kepada para peserta yang berdaftar. Secara ringkasnya, matlamat akhir Madrasah Gen-Q melalui garapan lapan […]

Read More Peranan Tradisi Ilmu Islam dalam Membentuk Peradaban Ummah

Kerana Hafazan Itu

“Oh, Allah! How can I forget Your beautiful verses?” Raungku dalam hati. Entah kenapa, secara tiba-tiba ingatanku seolah-olah menjadi kosong. Butir-butir hafalan yang telah dituturkan sejak sekian lama tiba-tiba melayang entah ke mana. Saat itu, aku beristighfar dan berselawat panjang. Kalau boleh, aku mahu menangis semahu-mahunya pada masa dan di tempat itu juga. Namun begitu, […]

Read More Kerana Hafazan Itu

Idea-Idea Pendidikan dalam al-Quran

Tarikh: 11 Mac 2016 (Jumaat)Masa: 11.30 pagi – 12.30 tengah hariTempat: Bilik Seminar 2, Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaTajuk: Idea-idea Pendidikan dalam al-Quran: Tumpuan terhadap Pembinaan Ilmu dan Adab MahasiswaPenyampai: Dr. Asyraf Isyraqi Jamil 1. Dr. Asyraf memulakan pengisian dengan memberikan suatu bidalan: “kalau seorang doktor tersilap dalam mengubati seorang pesakit, hanya seorang pesakit sahaja […]

Read More Idea-Idea Pendidikan dalam al-Quran