Melaksanakan dengan Tidak Melaksanakan

Kalau sahabat-sahabat perasan, dalam banyak-banyak rukun Islam, puasalah satu-satunya rukun Islam yang dilaksanakan dengan ‘tidak melaksanakan’. Eh, bagaimana itu? 1. Andai diperhatikan, rukun-rukun Islam yang lain kesemuanya dijalankan dengan melakukan perbuatan atau amalinya. Syahadah dengan menuturkan kalimahnya. Solat dengan bertakbir sehingga memberi salamnya. Zakat dengan mengeluarkan hartanya. Haji pula dengan segala manasiknya. Namun begitu, ibadat […]

Read More Melaksanakan dengan Tidak Melaksanakan

Mahasiswa dan Politik

Siapakah Mahasiswa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mahasiswa didefinisikan sebagai “penuntut (pelajar) di universiti”. Mahasiswa merupakan gabungan dua kata kunci, iaitu ‘maha’ yang bermaksud “teramat; sangat; paling” dan ‘siswa’ yang bermaksud “penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti)”.[1] Secara umumnya, mahasiswa merupakan suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh […]

Read More Mahasiswa dan Politik

#Undi18: Sudah Baca dan Hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Selasa. Julai 16, 2019. Negara Malaysia telah mencipta suatu sejarah baharu apabila secara rasminya, kesemua anggota Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang telah memberikan sokongan majoriti melebihi dua pertiga, iaitu seramai 211 orang (tidak termasuk Ahli Parlimen yang tidak hadir) mengatasi jumlah minimum 148 orang yang diperlukan bagi meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 […]

Read More #Undi18: Sudah Baca dan Hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus

Syeikh Abdullah bin Bayyah

Mengakhiri malam Jumaat semalam dengan bersulamkan sedikit penghayatan yang mendalam terhadap beberapa gagasan fikrah Syeikh Abdullah bin Mahfuz bin Bayyah. Sambil itu, sempat juga menghirup secangkir teh usai program buat pengubat jasad yang letih, namun minda seakan masih kekar asbab disirami dengan pemikiran segar melalui saudara penyampai yang juga merupakan penterjemah himpunan makalah ini sendiri; […]

Read More Syeikh Abdullah bin Bayyah