Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Lama sekali rasanya tidak bertapak dan menjejakkan kaki di sini. Saat kerinduan itu telah mula dilunaskan, suatu perasaan yang amat sukar untuk diungkapkan itu seakan-akan berkeinginan benar untuk meledak semahu-mahunya. Alhamdulillah, syukur ya Allah! Tanggal Ahad 4 Oktober 2020 yang indah nian, suatu rakaman sejarah sekali lagi ditempa. Hamba bersama beberapa orang teman seperjuangan telah […]

Read More Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Musim Panas yang Membunga

Malam-malam hening sebegini, entah dari mana angin (mood) untuk imbau kembali (throwback) itu menerpa fikiran hamba; hamba sendiri tidak pasti. Setahun yang lalu, 1 Julai 2019 merupakan hari pertama Daurah Musim Panas (DAMSAS) 7.0 mula berlangsung di bumi yang pernah menjadi saksi akan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dua minggu berturut-turut DAMSAS 7.0 terlaksana di Pondok […]

Read More Musim Panas yang Membunga

Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?

Pernah saya terbaca dalam satu hantaran, kemahiran menulis adalah antara kemahiran yang sangat diharapkan untuk dapat dimiliki oleh seorang manusia selepas kemahiran menyanyi. Berkenaan kemahiran menyanyi itu, kita kena akui bahawa bukan semua orang dikurniakan kelebihan memiliki suara emas oleh Sang Maha Pencipta. Jadi, pemilik suara perak, gangsa, besi, atau selainnya, termasuklah saya mungkin sudah […]

Read More Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?

Bimbang Itu Biasa, Tetapi Allah Itu Ada!

Wabak virus korona (COVID-19) nyata telah benar-benar menempa sejarah baharu dunia. Tentera Allah yang tidak terlihat oleh mata kasar ini sungguh telah menyebabkan implikasi yang sangat besar terhadap berbagai-bagai sektor, baik dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan, mahupun politik global. Hinggakan, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengungkapkan bahawa […]

Read More Bimbang Itu Biasa, Tetapi Allah Itu Ada!

Pembentukan Pendirian dan Kompas Moral

[Penulisan ini ditintakan bersempena dengan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (PRKUM) 2020.] Hari ini, begitu ramai sekali dalam kalangan kita, termasuk dalam konteks perbincangan kita kali ini – kalangan anak muda dan mahasiswa yang seakan-akan sudah hilang punca dan tidak ketahuan arah tuju. Ada beberapa episod yang berlegar-legar seputar gerakan anak muda dan mahasiswa yang […]

Read More Pembentukan Pendirian dan Kompas Moral

Mahasiswa dan Politik

Siapakah Mahasiswa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mahasiswa didefinisikan sebagai “penuntut (pelajar) di universiti”. Mahasiswa merupakan gabungan dua kata kunci, iaitu ‘maha’ yang bermaksud “teramat; sangat; paling” dan ‘siswa’ yang bermaksud “penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti)”.[1] Secara umumnya, mahasiswa merupakan suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh […]

Read More Mahasiswa dan Politik

Aku dan Pilihan Raya Kampus

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jumaat. 8 Mac 2019. 2 Rejab 1440. Malam kelmarin (6 Mac 2019), aku telah diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghadiri kenduri kesyukuran Neo-Siswa Universiti Malaya pasca-Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) 2019 di Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi menghargai segala keringat dan penat lelah para […]

Read More Aku dan Pilihan Raya Kampus