Hiruplah

HiruplahNanti kau akan faham dunia bagaimanaBegitulahBukan sekadar soal memilih minuman mana Tidak, hidup bukan semudah ituKadang dalam segelas yang samaKau perlu teguk cecair beraneka rasaBersekaliManis, masin, masam, pahit, tawarTak dipasti aturan tepatnya Namun, yakinlahWalau bagaimana rasanyaAkhirnya akan membawa kepadaKesimpulan yang serupaMinum dikau untuk menghapuskan dahagaDan kembali bertenaga Basmalah, minumlahTeguklahNanti kau akan faham dunia bagaimana —Muhaimin […]

Read More Hiruplah

Bening Safar

Di celahan lorong dan lereng itu aku lewatiDi kedutan relung dan gelung itu aku susuriHambatan aral yang melintang itu, kau tempuhi gagahlahHamburan lara yang meloreng itu, kau redahi megahlah Larang-larang yang ditegah itu, harus diingatBarang-barang yang diarah itu, harus ditaat Kalau perlu rehat dan rawatKalau mahu curhat buat pelepas penatYa sila, ke marilah!Namun, usah pula […]

Read More Bening Safar

Kohort Dua Belas

Kenangan-kenangan ituOh, bagaimana mulanya?Hari-hari yang berlaluOrang bilang apa ada?Rupa-rupanya ada sajaTeman-teman, engkaulah dia! Derap kaki, taut hati, seri terpateriUkhuwah terserlah, mahabbah tercurahAh, aku kasih, aku rindu ikatan ini! Berterbangan sayap-sayap waktuEnam tahun selesai bertamuLekas benar, mengapa entah?Akhirnya, tetap satu yang kupintaSemoga kekal Dia bersama kita, selamanya ―Muhaimin Safaruddin22 Jun 2019,6.39 petang,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

Read More Kohort Dua Belas

Garis Masa

Garis masaYa, aku dan kamuKita menitinya. Kita bercambahKita berkembangKita bertumbuh. Proses itu berjalanTapi jangan pernah samakannyaBiar kamu mekar dahuluSedang aku masih menguncup. Mereka hanya hargai cumaKelopak yang sedia terzahirNamun, bukan semua peduliAkar yang teguh membumi. TenangUsah terburu-buruJauh sekali iriEndahkan!Kita punya diriUntuk kita hiasiDan disanjungi. Garis masaYa, kamu dan akuBerbeza. —Muhaimin Safaruddin12 September 2019,Sungai Buloh.

Read More Garis Masa

Kesempatan

Qiam aku menatap Langit-MuMenyalakan rasa kagumkuBetapa Dikau sesungguhnyaPentadbir segenap buana Sujud aku mengucup Bumi-MuMemercikkan rasa hinakuBetapa Dikau sememangnyaPenguasa segala takhta Luasnya bentangan LangitBesarnya hamparan BumiTak kan mampu menandingiLuasnya rahmat-MuBesar ampunan-Mu Tuhan, izinkan kupulangKe pangkuan-Mu memohon reda-MuHarapan yang seakan hilangKembali bertamu dengan nur-Mu Semoga ada kesempatanBuat dirikuSebelum aku kehilanganHembus nafaskuMemberikan manfaat sesamaUmat manusiaMengangkat syariat agamaHingga akhirnya

Read More Kesempatan

Sebatang Pokok Itu

Sebatang pokok itu,Dahulu punya dedaun yang berupaya memberi sang pengembara,Suatu peneduhan yang mendamaikan.Silir-semilir deruan angin turut menjadi siulan,Menyapa lembut jasad yang terkujur lemah itu hingga tanpa sedar,Jiwanya tenggelam dan hanyut dek diulit keasyikan yang menebal. Sebatang pokok itu,Entah mengapa objek kehijauan itu kini telah fana,Mengecewakan sang pengembara yang sebetulnya sudah tidak bermaya.Kini harus pula menangisi […]

Read More Sebatang Pokok Itu

Perlumbaan

Aku dapati,Ada antara kita yang menganggap bahawaKehidupan ini adalah suatu perlumbaan. Masing-masing mahu menang dan tidak mahu mengalah,Masing-masing antara kita mahu membuktikan siapa antara kita yangPaling hebat,Paling terkehadapan,Paling berprestasi. “Aku orang pertama yang berkongsi isu semasa.Aku dapat markah tertinggi di dalam kelas.Aku graduasi dahulu.Aku kahwin dahulu.Aku dapat anak dahulu.Aku beli rumah, kereta dahulu.” Tapi soal […]

Read More Perlumbaan

Luruhnya Dedaun Kota Gwangju

Dedaun sudah meluruh,Reranting kian membotak,Sesejuk musim memanggil;Langit berhenti mengguruh,Tamat alunan si katak,Ketar sejasad menggigil. Roda terus berputar,Gerak tanpa berhenti,Hingga masa penamat;Lihat alam sekitar,Hati terus hayati,Hai inikah azimat? Salju itu putih,Arang itu hitam;Moga kalbu bersih,Dari desa kusam. ―무하이민,11월 21일,전남대학교.

Read More Luruhnya Dedaun Kota Gwangju

Aku dan Perubahan

Maaf encik sekalian adaAbang dan kakak, ibu dan bapaMari hayati syair si hambaBuat pedoman sepanjang masa Wahai pemuda serta pemudiHarapan bangsa tiang negeriJangan terleka berhias diriAyuh segera koreksi hati Sifat mahmudah perlu dicariSifat mazmumah harus dijauhiJanganlah alpa dengan duniawiKelak binasa hancur peribadi Setiap manusia punyai dayaDaya bagi mengubah mindaKe arah minda kelas pertamaBagi menuju wawasan […]

Read More Aku dan Perubahan

Wahai Diri

Wahai diriAcapkali dalam perjalanan iniKakimu tersadung akar dan terpijak duriTanpa disedariJernih air mata mungkin jua mengalir di pipi Namun diriKau harus sentiasa mengertiBahawa setiap yang jatuh perlu bangkit kembaliDan setiap yang luka pasti boleh diubati Ingatlah diriPerjalanan masih panjang lagiPerjuangan mesti diteruskan kembaliBerbekalkan semangat dan kecekalan dalam hatiAyuh, teruskan berlari!Kejarlah mimpi!Gapailah sang mentari! Hingga tiba […]

Read More Wahai Diri