Bukan Sekadar Hitam dan Putih

(Amaran: Bukan hantaran #BlackLivesMatter). “Awak pernah terfikir tak? Kenapa boleh jadi ada budak-budak dekat luar sana yang pukul dua tiga pagi masih boleh main basikal lajak dengan kawan-kawan dia orang? Kalau ikut logik akal kita, mesti kita akan kata macam manalah mak ayah dia orang boleh biar aja anak-anak dia orang buat benda gitu tengah-tengah […]

Read More Bukan Sekadar Hitam dan Putih

Cacat, Tetapi Perasan Sempurna

Dikisahkan, terdapat sebuah pulau yang hanya didiami oleh penduduk yang cacat anggota badan. Masing-masing antara mereka telah dilahirkan dengan sebegitu rupa. Ada yang kudung tangan, ada yang telinga hanya sebelah sisi, ada yang berkaki satu, dan bermacam-macam lagi cacat anggota yang lain. Namun begitu, kesemua mereka menganggap bahawa kecacatan itulah kesempurnaan yang dimiliki oleh mereka. […]

Read More Cacat, Tetapi Perasan Sempurna

Kejujuran yang Mengharukan

Rabu, Disember 7, 2016. Lebih kurang jam 4.40 petang, aku bersama-sama dengan salah seorang sahabatku melangkah ke dormitori dengan hati yang girang setelah berjaya mengadakan janji temu dengan seonsaengnim (선생님: guru) Bahasa Koreaku di bangunan Global & Research (G&R) Hub bermula jam 3.20 petang tadi. Pada asalnya, kami hanya sekadar mahu bertemu dan berbual-bual santai […]

Read More Kejujuran yang Mengharukan

Naneun Noereul Saranghaeyo!

Sudah seminggu lebih sejak kelas Bahasa Korea (한국어) berakhir secara rasmi pada 1 Disember 2016 yang lalu. Masih terbayang dalam kotak memori semasa mula-mula saya memasuki kelas tambahan Bahasa Korea pada setiap malam Selasa dan Khamis di sini. Walaupun kelas ini cuma kelas tambahan dan bukan kelas formal yang mengguna pakai sistem jam kredit, namun […]

Read More Naneun Noereul Saranghaeyo!

Keju dan Salju Gwangju

Babak 1. Cuaca dingin sejak belakangan ini menyebabkan aku semakin berat hati untuk ke bilik air. Kalau ya pun melangkah masuk ke tandas itu hanyalah untuk bersugi, melepaskan hajat, atau mengangkat hadas kecil. Mandi mungkin cuma sehari sekali. Bukan apa, boleh saja kalau hendak mandi dengan air bersuhu panas. Nikmat weh disimbah dengan pancuran air […]

Read More Keju dan Salju Gwangju

Percaturan

Dalam susun atur permainan catur, bidak-bidak atau Pawn yang berada di barisan hadapan kebiasaannya akan digerakkan pada permulaan permainan sebelum ‘watak-watak’ catur lain yang berada di barisan belakang mengambil giliran. Tambahan pula, pemain tidak terlalu mengambil kisah pun jika bidak-bidak ini ‘mati’ terlebih dahulu, asal saja pahlawan-pahlawan lain yang lebih kuat seperti Castle, Knight, dan […]

Read More Percaturan

Tangkap Sama Itu Pokémon

“Angah, nanti dah besar Acu (bukan nama sebenar) nak jadi gamer, boleh?” Saya yang sedang meneguk minuman ketika itu membiarkan sejenak enzim amilase di dalam mulut menjalankan tugasnya sebelum memberi respon terhadap persoalan yang dikemukakan. Sambil itu, mata ralit menatap skrin televisyen diod pemancar cahaya (LED) bersaiz 42 inci yang memaparkan sebuah siaran permainan. Bukan, bukan […]

Read More Tangkap Sama Itu Pokémon

Kerana Hafazan Itu

“Oh, Allah! How can I forget Your beautiful verses?” Raungku dalam hati. Entah kenapa, secara tiba-tiba ingatanku seolah-olah menjadi kosong. Butir-butir hafalan yang telah dituturkan sejak sekian lama tiba-tiba melayang entah ke mana. Saat itu, aku beristighfar dan berselawat panjang. Kalau boleh, aku mahu menangis semahu-mahunya pada masa dan di tempat itu juga. Namun begitu, […]

Read More Kerana Hafazan Itu

Abang Joe! Akhirnya Rambutku Gugur Jua

Pesanan buat anda yang tidak gemar memendekkan rambut anda yang panjang atau anda yang tidak boleh digunting rambutnya kerana botak, tiada rambut, atau ego, mohon jangan baca. Saya tidak bertanggungjawab atas setiap keguguran dan kegatalan rambut selepas anda membaca penulisan ini. Jam enam petang. Beberapa hari sebelum bulan Ramadan… Saya memecut laju skuter ‘Saya Yang […]

Read More Abang Joe! Akhirnya Rambutku Gugur Jua

Ayahku Seorang yang ‘Liberal’

“Nanti kamu degree nak sambung course apa?” Kereta Mercedes milik ayah meluncur laju memecah keheningan pada malam itu. Sambil memandu, ayah meluangkan masa untuk bersembang dan bertanya khabar perihal saya mengenai pembelajaran akademik di universiti, lebih-lebih lagi saya masih bergelar pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS), satu-satunya asasi di Malaysia mungkin yang mempunyai gabungan […]

Read More Ayahku Seorang yang ‘Liberal’