Blog

Melaksanakan dengan Tidak Melaksanakan

Kalau sahabat-sahabat perasan, dalam banyak-banyak rukun Islam, puasalah satu-satunya rukun Islam yang dilaksanakan dengan ‘tidak melaksanakan’. Eh, bagaimana itu? 1. Andai diperhatikan, rukun-rukun Islam yang lain kesemuanya dijalankan dengan melakukan perbuatan atau amalinya. Syahadah dengan menuturkan kalimahnya. Solat dengan bertakbir sehingga memberi salamnya. Zakat dengan mengeluarkan hartanya. Haji pula dengan segala manasiknya. Namun begitu, ibadat […]

Read More Melaksanakan dengan Tidak Melaksanakan

Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Lama sekali rasanya tidak bertapak dan menjejakkan kaki di sini. Saat kerinduan itu telah mula dilunaskan, suatu perasaan yang amat sukar untuk diungkapkan itu seakan-akan berkeinginan benar untuk meledak semahu-mahunya. Alhamdulillah, syukur ya Allah! Tanggal Ahad 4 Oktober 2020 yang indah nian, suatu rakaman sejarah sekali lagi ditempa. Hamba bersama beberapa orang teman seperjuangan telah […]

Read More Empat Perintah yang Tuntas untuk Sekalian Orang Beriman

Bukan Sekadar Hitam dan Putih

(Amaran: Bukan hantaran #BlackLivesMatter). “Awak pernah terfikir tak? Kenapa boleh jadi ada budak-budak dekat luar sana yang pukul dua tiga pagi masih boleh main basikal lajak dengan kawan-kawan dia orang? Kalau ikut logik akal kita, mesti kita akan kata macam manalah mak ayah dia orang boleh biar aja anak-anak dia orang buat benda gitu tengah-tengah […]

Read More Bukan Sekadar Hitam dan Putih

Bagaimana Junior Shopee Bisa Menewaskan Senior Lazada

Sekarang ini, Shopee sedang hangat mempromosikan ‘7.7 Mid Year Sale’. Tak keruan dibuatnya orang yang ‘bernafsu beli-belah’ ini. Alhamdulillah, saya terkecuali (harapnya begitulah). Tapi kan, hendak dijadikan cerita, sempena promosi ini juga, saya sebenarnya ada belanja satu barang dalam Shopee pada hujung bulan lepas. Rupa-rupanya, usai melakukan pembayaran, baru saya tahu bahawa produk tersebut baru […]

Read More Bagaimana Junior Shopee Bisa Menewaskan Senior Lazada

Musim Panas yang Membunga

Malam-malam hening sebegini, entah dari mana angin (mood) untuk imbau kembali (throwback) itu menerpa fikiran hamba; hamba sendiri tidak pasti. Setahun yang lalu, 1 Julai 2019 merupakan hari pertama Daurah Musim Panas (DAMSAS) 7.0 mula berlangsung di bumi yang pernah menjadi saksi akan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dua minggu berturut-turut DAMSAS 7.0 terlaksana di Pondok […]

Read More Musim Panas yang Membunga

Tak Salah untuk Belajar daripada Dua Salah!

Setelah begitu lama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/2020 ‘bercuti panjang’ asbab pandemik COVID-19 yang membadai dunia, termasuk negara asal EPL iaitu England, awal pagi tadi (waktu Malaysia), perlawanan EPL telah pun bersambung semula. Hoyeah! Namun begitu, saya tidak pastilah kenapa dan bagaimana boleh bermula kembali jenaka terhadap salah seorang pemain prolifik EPL, Mohamed Salah […]

Read More Tak Salah untuk Belajar daripada Dua Salah!

Rutin Orang Kaya Berjaya yang Tidak Ramai Orang Tahu

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara rasminya berkuat kuasa hari ini (10 Jun 2020). Pelbagai perasaan dapat kita alami sendiri atau menjadi saksi terhadap orang lain; gembira, terharu, teruja, bangga, bahkan mungkin ada sedikit duka. Bercampur-baur. Dah boleh rentas negeri.Dah boleh melancong dalam negara.Dah boleh buka lebih banyak lagi sektor ekonomi. Seolah-olah, kesemua rasa itu […]

Read More Rutin Orang Kaya Berjaya yang Tidak Ramai Orang Tahu

Sebelum 30, Kita Mahu Apa?

Persoalan kehidupan yang selalu hadir bertimpa-timpa bak hujan di sebelah petang itu acapkali buat saya merenung panjang. Kalau berdasarkan foto yang saya ketemu dalam e-buku ‘Lelaki, Wang, dan Rumah Pertama’ ini, Dr. Azizul Azli Ahmad, salah seorang sifu kewangan tempatan yang amat saya ikuti rapat perkembangan penulisannya sangat menggalakkan anak muda untuk berjaya memiliki sebuah […]

Read More Sebelum 30, Kita Mahu Apa?

Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?

Pernah saya terbaca dalam satu hantaran, kemahiran menulis adalah antara kemahiran yang sangat diharapkan untuk dapat dimiliki oleh seorang manusia selepas kemahiran menyanyi. Berkenaan kemahiran menyanyi itu, kita kena akui bahawa bukan semua orang dikurniakan kelebihan memiliki suara emas oleh Sang Maha Pencipta. Jadi, pemilik suara perak, gangsa, besi, atau selainnya, termasuklah saya mungkin sudah […]

Read More Apa Sebenarnya yang Buat Kita Takut Menulis?