Kerana Satu Tanda Baca, Berselisihlah Sang Pujangga

Ceritanya begini. Pada tahun 1969, … Okey, abaikan. Ish, cengkerik betul. Hanya Kerana Satu Tanda Baca Okey, kali ini cerita sebenar. Saya cuma teringat akan kisah yang pernah diceritakan oleh seorang Pensyarah merangkap Guru mulia saya, Dr. Wan Adli Wan Ramli ḥafiẓahuLlāh ketika dalam satu sesi tutorial kursus ‘Metodologi Penyelidikan Islam’ di Akademi Pengajian Islam […]

Read More Kerana Satu Tanda Baca, Berselisihlah Sang Pujangga

Kenapa Semua Sibuk dengan TikTok?

Apa? Muhaimin pun sibuk nak ulas tentang TikTok​ jugakah? Tak, saya bukan nak menambah lagi perencah, cuma nak bawa kita untuk menilai dan lebih sepatutnya berikan fokus terhadap satu lagi platform muat naik video yang lebih popular. Bahkan, rekod telah menunjukkan bahawa pelantar ini telah menghimpunkan sebanyak dua bilion orang pengguna aktif setiap bulan di […]

Read More Kenapa Semua Sibuk dengan TikTok?

Bimbang Itu Biasa, Tetapi Allah Itu Ada!

Wabak virus korona (COVID-19) nyata telah benar-benar menempa sejarah baharu dunia. Tentera Allah yang tidak terlihat oleh mata kasar ini sungguh telah menyebabkan implikasi yang sangat besar terhadap berbagai-bagai sektor, baik dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan, mahupun politik global. Hinggakan, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengungkapkan bahawa […]

Read More Bimbang Itu Biasa, Tetapi Allah Itu Ada!

From Cancer Survivors to Nation Warriors

Bak kata orang, sekeping gambar boleh membawa seribu makna. Sepertimana gambar yang dikepilkan ini, pelbagai makna tersurat dan tersirat yang boleh kita ambil pelajaran daripadanya. Foto ini dirakamkan saat Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri (DS) Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar​, Menteri Besar Terengganu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri (PM), YAB Tan Sri (TS) Muhyiddin Yassin […]

Read More From Cancer Survivors to Nation Warriors

Pembentukan Pendirian dan Kompas Moral

[Penulisan ini ditintakan bersempena dengan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (PRKUM) 2020.] Hari ini, begitu ramai sekali dalam kalangan kita, termasuk dalam konteks perbincangan kita kali ini – kalangan anak muda dan mahasiswa yang seakan-akan sudah hilang punca dan tidak ketahuan arah tuju. Ada beberapa episod yang berlegar-legar seputar gerakan anak muda dan mahasiswa yang […]

Read More Pembentukan Pendirian dan Kompas Moral

Hiruplah

HiruplahNanti kau akan faham dunia bagaimanaBegitulahBukan sekadar soal memilih minuman mana Tidak, hidup bukan semudah ituKadang dalam segelas yang samaKau perlu teguk cecair beraneka rasaBersekaliManis, masin, masam, pahit, tawarTak dipasti aturan tepatnya Namun, yakinlahWalau bagaimana rasanyaAkhirnya akan membawa kepadaKesimpulan yang serupaMinum dikau untuk menghapuskan dahagaDan kembali bertenaga Basmalah, minumlahTeguklahNanti kau akan faham dunia bagaimana —Muhaimin […]

Read More Hiruplah

Mahasiswa dan Politik

Siapakah Mahasiswa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mahasiswa didefinisikan sebagai “penuntut (pelajar) di universiti”. Mahasiswa merupakan gabungan dua kata kunci, iaitu ‘maha’ yang bermaksud “teramat; sangat; paling” dan ‘siswa’ yang bermaksud “penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (universiti)”.[1] Secara umumnya, mahasiswa merupakan suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh […]

Read More Mahasiswa dan Politik

Bening Safar

Di celahan lorong dan lereng itu aku lewatiDi kedutan relung dan gelung itu aku susuriHambatan aral yang melintang itu, kau tempuhi gagahlahHamburan lara yang meloreng itu, kau redahi megahlah Larang-larang yang ditegah itu, harus diingatBarang-barang yang diarah itu, harus ditaat Kalau perlu rehat dan rawatKalau mahu curhat buat pelepas penatYa sila, ke marilah!Namun, usah pula […]

Read More Bening Safar

Kohort Dua Belas

Kenangan-kenangan ituOh, bagaimana mulanya?Hari-hari yang berlaluOrang bilang apa ada?Rupa-rupanya ada sajaTeman-teman, engkaulah dia! Derap kaki, taut hati, seri terpateriUkhuwah terserlah, mahabbah tercurahAh, aku kasih, aku rindu ikatan ini! Berterbangan sayap-sayap waktuEnam tahun selesai bertamuLekas benar, mengapa entah?Akhirnya, tetap satu yang kupintaSemoga kekal Dia bersama kita, selamanya ―Muhaimin Safaruddin22 Jun 2019,6.39 petang,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

Read More Kohort Dua Belas

Rumah Kita; Bagaimana Suasananya?

Pepatah Arab ada menyebut: « الجار قبل الدار » “(Pilihlah) jiran sebelum (memilih) rumah.” Kelihatannya mudah, namun besar sebenarnya makna kata-kata ini. Bukan sekadar individu yang bernama jiran itu, bahkan skop yang lebih luas akan hakikat maknanya adalah, bagaimana suasana atau biah di persekitaran rumah kita itu. Rabu lalu (18 September 2019), saya berkesempatan untuk […]

Read More Rumah Kita; Bagaimana Suasananya?