
Maaf encik sekalian ada
Abang dan kakak, ibu dan bapa
Mari hayati syair si hamba
Buat pedoman sepanjang masa
Wahai pemuda serta pemudi
Harapan bangsa tiang negeri
Jangan terleka berhias diri
Ayuh segera koreksi hati
Sifat mahmudah perlu dicari
Sifat mazmumah harus dijauhi
Janganlah alpa dengan duniawi
Kelak binasa hancur peribadi
Setiap manusia punyai daya
Daya bagi mengubah minda
Ke arah minda kelas pertama
Bagi menuju wawasan utama
Ubahlah diri ke arah mulia
Ubahlah demi nusa tercinta
Agar hidup aman sentosa
Sejahtera selama-lamanya
#

(Nota: Syair ini telah dideklamasikan oleh KS 42596 – Ahmad Muhaimin bin Ahmad Safaruddin pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Etika dan Pengurusan Integriti Kor SUKSIS Universiti Malaya 2016. Kursus ini telah berjalan pada 23–28 Januari 2016 yang lalu di Kem Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, Semenyih, Selangor.)