Oh, Adik-Adikku!

Melihatkan gelagat adik-adik saya yang kerap bermain permainan komputer, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah seringkali membuatkan saya tersenyum sendiri dan mengingatkan saya pada zaman ‘jahiliah comel’ saya dahulu yang gemar juga mengisi masa kosong dengan aktiviti seperti ini. Apa yang terlintas setiap hari setiap kali bangun pagi ialah; bangun pagi, buka komputer, melayari Internet, dan main permainan video. Seolah-olah hanya itu sahaja rutin dan tujuan hidup.

Tetapi, itu cerita dahulu. Kini, saya sedar bahawa tanggungjawab saya sangat berat dalam menongkah arus hidup ini daripada sekadar bermain permainan video. Sehinggakan, masa untuk bermain permainan video itu sebenarnya tidak perlu wujud langsung dalam kamus hidup apabila kita betul-betul menghayati makna hidup dan melaksanakan segala tanggungjawab yang masih tertunggak.

Hakikatnya, saya juga lambat untuk menyedari realiti ini. Ketika saya menginjakkan kaki di bumi Nilam Puri sebagai pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIdS) itulah, baru saya mula membuka minda seluas-luasnya dalam meneroka dunia luar serta falsafahnya. Hal ini juga banyak dipengaruhi oleh sahabat seperjuangan terutamanya saudara Shahrulanwar yang saya kira sangat proaktif dalam menggalakkan sahabat-sahabatnya untuk menghidupkan zaman mahasiswa ini sebaik mungkin. Kuliah jalanan, bedah buku, diskusi… Hei, banyak lagi benda tak teroka, Muhaimin woi!

Atas inisiatif sendiri, saya cuba untuk memaksa diri sendiri dengan banyak membeli pelbagai bahan bacaan ilmiah dan bukan sekadar buku-buku agama demi merealisasikan “keterbukaan minda” gagasan saya sendiri, fuh. Hobi lama saya suatu ketika dahulu iaitu membaca buku (sebelum ditewaskan oleh sang komputer dan Internet) cuba untuk saya hidupkan semula. Ya, budaya membaca sangat perlu dipupukkan sedari kecil kerana peratusan rakyat Malaysia yang membaca dalam tempoh setahun masih rendah, anak-anak!

Jadi, apabila saya menyaksikan kegiatan adik-adik yang betah berlama-lama di hadapan skrin monitor, saya tidak boleh membuat penilaian awal bahawa mereka akan kekal selama-lamanya dengan hobi seumpama itu kerana saya juga pernah berada di posisi tersebut. Malah, mungkin mereka akan sedar lebih awal daripada saya yang “dah masuk alam universiti baru nak sedar,” heh.

Insya-Allah, suatu masa nanti, adik-adikku yang nakal 😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.